SAO PAULO: – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengancam mahu menumbuk muka seorang wartawan yang bertanya mengenai isu wang deposit dalam akaun isterinya, Michelle Bolsonaro.
“Saya mahu sangat tumbuk muka awak, Ok? katanya ketika menjawab soalan wartawan dari akhbar O Globo.
Rakaman audio itu didedahkan oleh media berkenaan.
Wartawan itu adalah sebahagian daripada kumpulan yang bertemu Bolsonaro selepas lawatan ke sebuah Katedral Metropolitan di Brasilia.
Presiden yang tidak menghiraukan bantahan wartawan lain setelah membuat kenyataan itu, berlaluĀ tanpa membuat komenĀ lanjut.
Wartawan O Globo bertanya mengenai laporan di majalah Crusoe tentang Michelle dan Fabricio Queiroz, seorang pegawai polis yang sudah bersara.
Queiroz juga adalah rakan presiden dan bekas penasihat kepada anak sulungnya, Flavio Bolsonaro, yang kini menjadi Senator di Rio de Janeiro
Awal bulan ini, media tempatan melaporkan Queiroz telah memasukkan cek berjumlah 72,000 reais dalam akaun wanita pertama itu antara tahun 2011 dan 2018.
Dia ditahan dalam siasatan terhadap simpanan bank yang dibuat pada masa itu berjumlah 1.2 juta reais (AS$ 213,500).
Pertanyaan mengenai Queiroz terus memburuk-burukkan keluarga Bolsonaro dan menyaksikan presiden itu memungkiri janjinya untuk tidak bertolak ansur dengan rasuah. – MalaysiaGazette
manusia yang kalah dalam ujian.