KUALA LUMPUR – Ketiadaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Parti Pejuang kini terjawab.
Rupa-rupanya bekas Menteri Belia dan Sukan itu mahu menubuhkan satu lagi parti politik baharu yang berteraskan golongan belia dan ahli terdiri daripada semua kaum.
“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.
“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.
“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” katanya kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil Slim semalam.
Sebelum itu, bekas Penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati Syed Saddiq supaya mengetuai sayap pemuda dalam Pejuang dan bersama-sama Mahathir.- MalaysiaGazette
Mana ada orang nak join lu punya belia lembik punya parti
Buat parti tupperware lg menguntungkan. SS nk jd duta PARTI TUPPERWARE pun boleh. Muja jambu, ada daya penarik, ala2 nyah gitu…auwwww
Ikut je ckp khairuddin tu join Pejuang
Ni lagi satu punya bahlol..buat parti AVON pun cantik juga tu,sesuai dgn penampilan SaDick..