Home Ekonomi Pelabur asing lupus RM344.2 juta ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing lupus RM344.2 juta ekuiti tempatan minggu lalu

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih pada minggu lalu apabila melakukan pelupusan ekuiti tempatan sebanyak RM344.2 juta pada minggu lalu.

Ini menjadikan pelabur asing meneruskan penjualannya pada minggu ke-27.

Setakat tahun ini, pelabur asing telah menjual sebanyak RM19.9 bilion ekuiti tempatan di bursa, kata MIDF Research.

Pembeli runcit membeli sebanyak RM140.4 juta ekuiti setakat ini manakala institusi tempatan pula merekodkan belian RM52.7 juta dalam tempoh yang sama.

Firma penyelidikan itu berkata, ketika pasaran dibuka semula pada hari Isnin minggu lalu, pelabur asing membeli RM139.8 juta bersih daripada ekuiti tempatan, memberi harapan bahawa dana asing
mungkin mula melihat pasaran Malaysia.

Namun, trend itu berubah pada hari Selasa dan Rabu kerana dana asing merekodkan aliran keluar masing kepada RM110.06 juta dan RM180.27 juta.

Aliran keluar bersih terbesar adalah pada hari Jumaat iaitu sebanyak RM193.1 juta.

Sebagai perbandingan kepada tiga pasaran di Asia Tenggara, Indonesia mencatatkan aliran keluar asing paling sedikit.

Manakala aliran keluar semasa Thailand adalah terbesar berbanding yang lain.

MIDF Research menambah, dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatat kenaikan mingguan + 42.0% dalam nilai purata nilai perdagangan harian (ADTV) kepada RM8.55b sementara pelabur asing mengalami kenaikan sebanyak ADTV sebanyak 62.06% kepada RM2.3 bilion. – MalaysiaGazette