Home Politik PCS mahu bertanding solo, tolak kerjasama dengan BN – Anifah

PCS mahu bertanding solo, tolak kerjasama dengan BN – Anifah

Datuk Seri Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Nampaknya hasrat Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Parti Cinsa Sabah (PCS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak kesampaian.

Ini kerana Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman hari ini menyatakan pihaknya akan bertanding sendirian bagi usaha membentuk kerajaan negeri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memikirkan dan menginginkan PCS namun kami tetap dengan pendirian kami.

“Sebagai Presiden PCS, saya ingin mengulang dan menegaskan sekali lagi dasar perjuangan Parti Cinta Sabah PCS untuk PRN Sabah akan datang, kami tidak berpakat dan bergabung dengan mana mana parti untuk tujuan pilihan raya negeri dan akan bertanding sebanyak mana kerusi untuk membentuk kerajaan,” ujarnya dalam kenyataannya hari ini.

Respon bekas Menteri Luar itu dipercayai ekoran kenyataan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu berunding dengan PCS dalam PRN Sabah baru-baru ini.-MalaysiaGazette