Kementerian Pertahanan dilaporkan tetap menerima sembilan buah kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) untuk kegunaan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun kenderaan tersebut tidak mengikut spesifikasi.
Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 mendedahkan, disebabkan kegagalan mematuhi spesifikasi ditetapkan PBB itu, Kementerian Pertahanan telah mendedahkan anggotanya kepada bahaya dan tidak boleh menerima pulangan balik (reimbursement) penuh daripada PBB.