Selaras dengan pembudayaan norma baharu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan 2020 (MAHA 2020) yang bakal diadakan pada 26 November sehingga 29 November ini akan dilangsungkan secara hibrid iaitu melalui kombinasi fizikal dan maya.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, berikutan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19, MAHA 2020 kali ini bakal menyaksikan hanya 10,000 sehari bagi pengunjung jemputan secara fizikal manakala pengunjung maya lebih 100,000 sehari namun potensi jualan adalah lebih RM300 juta.