SLIM RIVER – Calon Bebas, S Santharasekaran menafikan beliau hilang daripada radar ketika kempen berbaki tiga hari lagi bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Santhasekaran, 44 yang juga bekas guru itu menjelaskan, beliau memiliki strategi kempen yang berbeza dengan dua calon lain yang bertanding.
Kata bekas guru itu, beliau juga mahu mengelak bertembung ketika berkemen dengan calon yang lain agar pengundi tidak berdepan kekeliruan.
“Biasa orang yang bijak ada masanya untuk menonjol dan ada caranya yang tersendiri. Mungkin pengundi melihat saya tiada poster tetapu sebenarnya bagi saya, kempen bersemuka adalah terbaik.
“Kebiasaan parti besar yang mempunyai ramai penyokong, ada banyak karenah dalam parti. Sebab itu mereka bertengkar selalu dan riuhnya tinggi.
“Jadi akan nampak mereka bising sebab itu ramai rasakan hanya ada dua penjuru yang bergaduh bersama dan pentingkan isu politik semata-mata,” katanya ketika MalaysiaGazette di sini hari ini.
Santharasekaran menambah, sebagai calon PRK, isu dalaman yang perlu diambil dikira oleh calon dan bukan isu umum.
Jadi ujarnya, beliau telah turun padang melihat keseluruhan isu tempatan utama yang boleh dibawa ke atas untuk diatasi.
“Calon besar yang ada penyokong parti, tujuan mereka adalah untuk parti dan bagi saya sebagai calon Bebas, niat hanya satu turun padang bantu rakyat,” katanya.
Ketika kempen, Santhasekaran yang juga aktivis alam sekitar, sering ditemani abang ipar, M Ganesan dan rakannya, S Alaga untuk berjumpa dengan pengundi di DUN Slim dengan memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya sendiri.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Santhasekaran dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz serta seorang lagicalon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. – MalaysiaGazette