KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibubarkan dan terpaksa menyertai UMNO apabila kehilangan sokongan daripada UMNO dan Pas pada PRU-15 nanti.
Katanya, kehadiran parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baharu ditubuhkannya itu telah menyebabkan Bersatu kehilangan sokongan akar umbi.
“Datang Pejuang. Bersatu hilang akar umbi. Banyak pemimpin tapi kurang yang hendak dipimpin. Jadi parti kosong. Akar umbi pindah ke Pejuang.
“Pening kepala Muhyiddin. Tidak ada haluan untuk dituju.
“Cari sakit, dapat sakit,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Mahathir yang pernah menjadi Pengerusi dan pengasas Bersatu itu berkata, keadaan politik yang keliru mungkin menjadi lebih keliru hasil tindakan beberapa parti termasuklah Bersatu yang ditubuhkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak kini didakwa beralih menjadi parti untuk menghidupkan bekas Perdana Menteri Keenam itu dan Barisan Nasional.
“Sekarang Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada UMNO. Jika orang UMNO tidak sokong jatuhlah PN. Sebaliknya jika UMNO tidak sokong mereka juga akan jatuh. Sebab itu UMNO terpaksa sokong,” katanya lagi.
Tambah bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu lagi, Bersatu dan PN akan jatuh sekiranya lima Ahli Parlimen UMNO yang ketika ini sedang dibicarakan (termasuk Najib yang sedang dalam proses rayuan) dijatuhkan hukuman serta hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
“Untuk elak dari ini berlaku, Perdana Menteri perlu cari ganti. Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum. Kekalkah nama PPBM.
“Ini kali keempat Bersatu mungkir janji. Sekarang Bersatu membuat keputusan untuk gabung dengan Muafakat Nasional.
“Tetapi Muafakat Nasional adalah gabungan parti Melayu Islam. Bersatu parti berbilang kaum dan agama. Apa jadi kepada Muafakat. Masih Melayu Islamkah?” soalnya.- MalaysiaGazette
Padu TUN.. Yiddin dh nyawa2 ikan
Dulu pun hang terima kembali puak parti semangat46 kpd umno dan semangat46 dibubarkan .
Apa salahnya hari ini Bersatu dibubarkan dan ahlinya kembali kpd umno. Secara tk langsung ini menjadikan umno kembali teguh.
Dulu pun hang Madey buka keahlian umno kpd org bkn melayu dan islam. Keturunan Siam dan bumiputera Sabah boleh sertai umno. Org tua nyanyok ni lupa apa yg dia buat dulu. Org lain buat semuanya tk kena, hanya dia saja yg betul.
baguslah kalau btul,
apa masalahnya??
oii si tua musibat,ko jgn lupa yg ko la punca lahirnya ramai pengkhianat kepada mandat rakyat,bodoh punya org tua,
bila sesuatu perkara yg salah tu menguntungkan ko,ko sokong ko puji,
tp bila sesuatu perkara yg salah tu merugikan ko,ko hina ko jadi gila babi,
rakyat pandai da menilai yg mana dajal yg mana baik,