Home Nasional Parah juga TH dikerjakan PH- Najib

Parah juga TH dikerjakan PH- Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan ke mana menghilangnya wang sebanyak RM10.9 bilion dalam Tabung Haji (TH) selepas kerajaan melakukan langkah penyelamatan dengan menyuntik dana sebanyak RM19.8 bilion.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, TH hampir rugi sebanyak RM12 bilion pada tahun 2018 jika tidak disuntik dengan dana sebanyak RM19.8 bilion itu.

Bagaimanapun, bagaimana wang berjumlah RM10.9 itu digunakan tidak dinyatakan dalam penyata kewangan yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Malah dakwaan TH mengalami surplus RM1 bilion juga adalah tidak benar, kata Najib.

“Parah juga TH dikerjakan PH. Okay, dulu PH tuduh BN terlebih bayar Hibah sehingga TH dalam defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017.

“Sekarang kita mahu tanya PH ke mana perginya defisit RM10.9 bilion ini sedangkan jumlah Hibah dibayar cuma 1.25 peratus atau RM923 juta,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pada April tahun lepas ketika mengumumkan kadar hibah untuk tahun kewangan 2018, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mujahid Yusof turut mengumumkan TH merekodkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Ini katanya, menunjukkan kedudukan kewangan entiti tersebut telah pulih berbanding RM4.1 bilion pada tahun kewangan 2017.- MalaysiaGazette

 

7 Komen

  1. Puluhan tahun orang2 terdahulu membina TH sehingga mejadi model kepada banyak negara.

    Dalam sekelip mata hampir hancur TH dikerjakan oleh KHADAM2 belaan DAP?

    Harap dapat tangkap KHADAM2 tersebut dan penjarakan mereka!

  2. Lebih baik senyap jika tak tahu fakta.Lebih baik diam jika tak tahu ilmu ekonomi. Selidik dulu sebelum tuduh. Jangan terima bulat-bulat fitnah, buruk sangka dan tohmohan Melayu Islam yang kononnya pejuang Islam.

  3. Bila perompak nak cuci najis nya…
    Mcai & walaun pun tumpang yakinnn

    Ohhhh nasib….
    Bangsa ku di diperbodohkan oleh para-para penyamun.

  4. Ariff muluk… reti baca atau tak? Masa BN jaga kata rugi rm 4.1 b tp hibah 14%. Masa kakanda abdul muluk jaga, kata untung tp duit bantuam gomen rm10b xtau p mana, hibah kasi 1%, untung 1b saja lak tu.. sapa penyamun ni abdul muluk? Cita sat..

  5. Biar org pandai dan berilmu komen. Kita tak tau jangan percaya bulat2…jangan tuduh dan fitnah tanpa fakta…

Comments are closed.