Home Seni Hidup Rizalman dapat kelulusan tubuh Pusat Pengajian Al-Quran

Rizalman dapat kelulusan tubuh Pusat Pengajian Al-Quran

Foto Instagram Rizalman Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Sejak awal bulan ini, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim telah meluahkan hasratnya untuk menubuhkan sebuah Pusat Pengajian Al-Quran untuk golongan dewasa  belajar mengaji.

Hasrat murni akhirnya tercapai apabila Rizalman memaklumkan kepada para pengikutnya di Instagramnya bahawa permohonan untuk menubuhkan pusat itu di bawah satu yayasan telah pun diluluskan.

Menerusi perkongsian itu, Rizalman meluahkan rasa syukur dan sebak apabila niat baiknya itu dipermudahkan oleh Allah.

Rizalman turut memuat naik surat kelulusan untuk pusat pengajian miliknya itu yang diberi nama Yayasan RI.

Sementara, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan segala usaha Rizalman dalam melakukan kebaikan akan diberkati dan dipermudahkan.

Dalam perkongsian sebelum ini, Rizalman mahu sama-sama membantu mereka yang ingin belajar dan memperbetulkan bacaan Al-Quran dan sedang mencari tempat, tenaga pengajar dan lokasi pertama adalah di Johor Bahru. – MalaysiaGazette