PETALING JAYA – Ramai menteri Kabinet dan wakil rakyat adalah bekas murid sekolah vernakular, kata Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim mengulas gesaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mahu menutup sekolah aliran tersebut secara berperingkat.
Tai Kim berkata, sekolah vernakular menggunakan sukatan yang diselaraskan Kementerian Pendidikan manakala Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan mata pelajaran wajib.
Pengerusi Dong Zong atau Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina itu juga tidak melihat terdapat masalah dalam soal penguasaan bahasa Melayu dan kesedaran kebangsaan dalam kalangan pelajar.
“Sekolah pelbagai aliran sering kali menjadi bahan korban dan dikenakan dosa yang tidak sepatutnya dalam persaingan politik,” katanya kepada Sinchew Daily.
Tai Kim berkata, sekolah pelbagai aliran dan pendidikan bahasa ibunda telah diiktiraf sebagai cara pembelajaran paling baik oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Katanya, Perlembagaan juga menghormati kepelbagaian dan tidak menghalang seseorang untuk belajar dan mengajar bahasa lain.
“Sebagai negara yang bermasyarakat majmuk, Dong Zong berpendapat nasionalis di negara ini juga harus berteraskan budaya yang pelbagai.
“Ini termasuk menghormati budaya dan bahasa kaum yang berlainan. Ini tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan sosial dan kedudukannya dari segi undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette
Tutup jaaa. Malaysia sudah lama merdeka.. mengapa perlu dikekalkan aturan penjajah terdahulu
xnak mampus bodohh nie. orang dh bgi kelebihan tue jgn la lebih2. gmpng betul la, hari2 ada je nk mnyalak.
tutup jangan tak tutup, adakan pengajaran bahasa tamil, mandrin dan lain lain bahasa tambahan di sekolah kebangsaan. supaya semua jenarasi dapat peluang belajar lebih dari satu bahasa. wahai kerajaan kuasa ditangan kamu. ayuh teruskan usaha murni ini.
Menjadi ketakutan melayu2 konservatif pelampau anti kepelbagaian kaum dan sgama ini trhadp sk vernakular yg semakin bertambh murid2 mlayu setiap tahun trsebut..tujuan.mereka bila terhapusnya sk vernakular, maka indoktrinasi ‘dakyah ‘pemelayuaan dan pengislamisasian’ negara akn lebih mudah dan kaum2 bkn melayu menjadi warga kels kedua..
Sebab tu lah menteri2 cina ni kepala bapak rasis!! Melayu x nmpk lgi!
Aduka kirana kau ni ingt negara ni cina india punya ka? Haloooo get the hell out of my malay country u idiot!
Tutup sekolah vernakular ni! Sekolah vernakular nilah penyakit besar! Bahasa cina dan india patut ada dlm silibus semua sekolah kebangsaan! Hapuskan sek jenis cina dan india!! Kerajaan dan raja2 patut pinda balik undang2 dan kelebihan x masok akal pada bangsa tg bukan melayu ni.!
Dong zong nak cover bangsa dia. Cuba menteri pelajaran pergi setiap srjkc Bertanya Kepada murid2 tahu tak Dia berbahasa melayu. Jika tahu pun Mungkin Jiran mereka orang melayu. Menteri yang ada pun ramai yang tidak faseh berbahasa melayu. Cuba Anda tengok setiap pagi Dewan perliment Di TV. Jika menteri pelajaran hapuskan semua sekolah vernakuler maka jawatan Dong zong sebagai pengerusi Tidak ada lagi. Jadi itu lah yang Dia Cuba pertahankan sekolah tersebut.
Singapura tiada sekolah vernakular pun, menteri-menteri mereka lagi pandai berbahasa melayu dari menteri-menteri cina Malaysia.