SLIM RIVER – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan lawatannya ke Turki bulan lalu berjaya mencapai misinya walaupun telah menimbulkan kontroversi.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, lawatan itu melibatkan projek Kerajaan Terengganu yang perlu diselesaikan kerana tertangguh selepas beliau dilantik menjadi menteri.
Pada masa sama jelas beliau, baki urusan lain pihaknya berjaya mencari peluang baharu dalam industri menerusi pertemuan dengan pemain penting di negara itu.
“Saya ke Turki kerana projek Kerajaan Negeri Terengganu yang saya belum selesaikan ketika saya dilantik jadi menteri. Bakinya bertemu pegawai MPOC (Majlis Minyak Sawit Malaysia) di sana, bertemu orang penting ahli perniagaan yang urus bisnes sawit kita di sana.
“Saya juga bertemu Presiden Majlis Komoditi Turki di mana beliau terlibat eksport sawit kita ke Turki dan saya juga berjaya merunding lagi membawa 3,000 tan sawit menerusi Turki sebagai hab untuk dibawa ke Greece,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Jom MSPO (Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia) Negeri Perak hari ini.
Mengulas lanjut, Khairuddin memberitahu, nilai pelaburan lawatan ke Turki itu belum diumumkan lagi.
“Yang saya umum baru ini di Parlimen, jumlah dagangan minyak negara pada tahun ini dari Januari hingga Jun lalu adalah RM83 bilion berbanding RM79 bilion tempoh yang sama tahun lalu walaupun kita berada dalam pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette
JGN LARI DARI TOPIK ASAL. KENAPA TAK KUARANTIN DIRI SENDIRI SELEPAS PULANG DARI TURKI. KLU YDP AGONG SUAMI ISTERI PUN BOLEH KUARANTIN DIRI KEDUA DUA BAGINDA, PM TSMY PUN BOLEH KUARANTIN DIRI BELIAU, MENGAPA KAMU PAK MENTERI TAK BOLEH KUARANTIN DIRI SENDIRI.
PERKARA DAN PERATURAN YANG MUDAH PUN X BOLEH NAK PATUH APATAH LAGI NAK BERCAKAP SOAL HUDUD, QISAS DAN TAKZIR. SUNGGUH2 MEMALUKAN SERTA JIJIK…