Home Nasional PM harap Shinzo Abe segera pulih, hargai peranannya

PM harap Shinzo Abe segera pulih, hargai peranannya

Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Peletakan jawatan Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun mengejutkan banyak pihak termasuk rakyat di negara ini.

Ini kerana beliau dikenali kerana wawasannya yang terkehadapan selain peranannya dalam meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sepanjang pentadbiran beliau, hubungan kedua-dua negara bukan sahaja bertambah erat, bahkan turut meneroka banyak peluang kerjasama baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, hubungan ASEAN dan Jepun juga mencatatkan banyak pencapaian bermakna di bawah kepimpinan beliau.

“Saya mewakili rakyat Malaysia, mendoakan agar kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PM Jepun umum letak jawatan