KUALA LUMPUR – Boost, penyedia e-wallet tempatan mencatatkan peningkatan perbelanjaan pengguna sebanyak 85% dalam segmen perniagaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (MSME) pada bulan Julai 2020 berbanding bulan April semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Boost Payment Link, penyelesaian pembayaran tanpa sentuh untuk pedagang MSME diperkenalkan pada awal PKP juga menyaksikan peningkatan urus niaga sebanyak 21 kali hingga kini.
Trend ini menjadikan Boost dalam posisi yang kukuh untuk menyatukan pedagang dan pengguna dalam satu platform dengan memanfaatkan ekosistem yang memenuhi keperluan perniagaan dan gaya hidup mereka.
Boost yang menunjukkan peningkatan dalam nilai transaksi kasar bulanan sebanyak 70% selepas tempoh PKP.
Ia kini mempunyai 8.5 juta pengguna.
“Memandangkan MSME tulang punggung ekonomi, ia memerlukan perbelanjaan pengguna untuk memacu pemulihan ekonomi. Secara kolektif, perniagaan dan pengguna Malaysia mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi ekonomi secara positif.
” Menurut data kami, peningkatan peniaga dari segmen perniagaan kecil dan mikro menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam mengekalkan pendapatan semasa penurunan berbanding dengan perusahaan yang lebih besar.
”Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyedari kesan daya beli dan secara semula jadi beralih menyokong MSME dengan membeli-belah dan menjamu selera secara tempatan,” Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah.
Khairil juga menyatakan dalam tempoh PKPP, yang mana aktiviti perniagaan dibuka sebahagiannya, jumlah perbelanjaan pengguna dengan Boost terus meningkat ke tahap pra-PKP, bahkan lebih tinggi semasa tempoh perbelanjaan e-Tunai Rakyat. – MalaysiaGazette