Home MG Flash “PETALING STREET” Peniaga Warga Asing Ala ‘Gengster’ Akan Dihapuskan | EDISI MG...

“PETALING STREET” Peniaga Warga Asing Ala ‘Gengster’ Akan Dihapuskan | EDISI MG 8mlm – 30 Ogos 2020

Susulan kejayaan ‘membersihkan’ Pasar Borong KL di Selayang sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, kini Datuk Seri Dr Edmund Santhara memberi tumpuan kepada Jalan Petaling atau lebih popular dengan panggilan ‘Petaling Street.

Datuk Seri Edmund Santhara yang juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berperanan menjaga ibu kota dan berikrar tidak sesekali menutup matanya, sebaliknya akan memastikan Petaling Street dikembalikan kepada warga tempatan dalam masa terdekat.