KUALA LUMPUR – Beberapa tempat di Selangor diramal mengalami hujan serta ribut petir pada sebelah pagi dan petang sempena ulang tahun kemerdekaan hari ini.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan turut menjangkakan, keadaan itu turut berlaku di beberapa negeri lain.
“Hujan dan ribut petir turut diramal di satu dua tempat di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong) dan Sabah (Kudat, Sandakan, Tawau dan Labuan) pada waktu pagi.
“Di sebelah petang pula hujan dan ribut petir diramal di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah,” demikian menurut kenyataan itu.
MET Malaysia turut menjangka hujan pada waktu petang di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (bahagian Bintulu, Miri dan Limbang), Labuan dan Sabah (bahagian pantai barat, pedalaman dan Sandakan). – MalaysiaGazette