Home Pendapat Merdeka kita dari politik tua.

Merdeka kita dari politik tua.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Felda Trolak Utara, Tanjung Malim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2020

HARI ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-63 yang seharusnya disambut
dengan penuh penghayatan untuk mempertahankan keharmonian dan perpaduan
yang kita bina sejak 1957. Tema Malaysia Prihatin harus kita dukung bersama
supaya terma cakna prihatin itu menjadi bait kelaziman di kala kita masih melawan
wabak pandemik Covid-19. Dengan keadaan ekonomi yang masih terumbang
ambing, ramai rakyat yang hilang kerja akibat kesan daripada wabak ini. Kerana itu,
nilai prihatin itu harus kita amalkan dari setiap lapisan masyarakat dari ibu kota ke
desa.

Dr Antony Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat
yang juga merupakan Jawatankuasa Taskforce Covid-19 Amerika Syarikat,
menjangkakan pengamalan penjarakan sosial perlu dikekalkan sehingga 2022 dan
cadangan ini senada dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang meneruskan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember
2020. Lewat seminggu atau dua minggu sebelum kemerdekaan, kita disajikan dengan
adegan adegan drama politik tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan.
Dengan isu perseteruan 2 kuda tua politik yang tidak tamat, keyakinan seorang anak
muda mengangkat semula budaya surat sokongan tidak lupa gelagat wakil rakyat
ibarat anjing dan kucing di sangkar Parlimen.

Bagi kita rakyat marhaen ini, kita hanya mampu melihat permainan, drama
dipersembahkan oleh mereka tanpa kita ketahui bila hujungnya, sambil nasib
generasi muda, anak cucu cicit kita yang menjadi pertaruhan. Ya drama ini bukan
semua muncul dari drama cinta 7 hari mencintaimu di TV3 semata-mata tetapi ia
datang dari budaya lama dalam berpolitik yang kekal lama sejak 63 tahun yang
lepas. Di mata masyarakat mereka akan nampak budaya seperti ‘cash is king’ dan surat
sokongan dinormalisasikan untuk meraih undi. Di dalam parti kita melihat kepimpinan parti yang mula tidak boleh menerima kritikan dari dalam, jangan diharap untuk mereka mampu menerima kritikan dari luar. Budaya bodek membodek, besar kepala, payung memayung memberikan ruang untuk politikus ini merasa wujudnya autoriti pada diri mereka, lantas membibitkan rasa kebal dan tidak lagi boleh disentuh oleh mana-mana kritikan.

Barisan Nasional, PN mahupun Pakatan Harapan plus semuanya sudah berjangkit
politik orang tua. Manakan tidak, mahasiswa juga menjadi hamba abdi politikus tua
ini memekik terlolong di tempat awam ketika pilihan raya kecil baru baru ini. Tiada
remedi atau ubat untuk penyakit ini, melainkan anak muda bangkit mempamerkan
idealisme dan kehendak mereka secara terang dan komited. Persediaan ke arah
budaya ini harus dipergiatkan.

Gaya politik orang tua hanya akan dimatikan dengan pendekatan dan idea baharu.
Wadahnya adalah pendidikan. Pendidikan politik harus dipergiatkan. Inisiatif seperti
Undi18, UndiSabah, Parlimen Digital harus dijadikan inklusif kepada seluruh anak muda dari desa, anak anak felda perlu didedahkan bukan terikat pada golongan urban sahaja. Ini Malaysia bukan Gotham yang 100% tinggal di bandar. Ramai anak muda berada di desa yang dahagakan ilmu ini. Prof Matthew Flinders melalui jurnalnya ringkasnya dalam Oxford University Press telah bertanya soalan menarik perihal politik baru, “...there is a far bigger questions for the UK (and internationally) about the specific form, values and structures that might make up this “new politics.” What does “doing politics differently” actually mean?”

Hakikatnya, bila bercerita soal pendekatan baharu, baharu itu sudah
menggambarkan yang kita mahu lari dari stigma dan gaya permainan politik lama
orang tua tetapi tidaklah mudah untuk kita membina mazhab baru dalam idea politik
budaya baru dan tidak simplistik mengatakan parti anak muda itu adalah solusi.
Mungkin benar, idea ini berasal dari rasa ingin berbeza sahaja. Cabaran dalam
mendefinisikan semula pembaharuan harus kita fikir bersama. Bercerita soal Merdeka, adakah kita sudah merdeka dari budaya lapuk ini? Hanya satu soalan ringkas sahaja yang boleh dijadikan indikator kepada soalan diatas apa persediaan kita sebagai anak muda untuk bergerak tanpa watak watak ‘warlord’ ini lagi? Pernahkah kita terfikir tentang soalan yang menyesakkan dada ini?

Jawapannya sebenarnya ada pada kita, ya saya anda, anak muda, dan pemimpin
muda yang sudah bersama dalam kancah politik. Dengan masa hadapan yang
samar kerana kesan wabak pandemik ini kita sama sama perlu mencari jalan
membina keupayaan anak muda yang menghuni 40% populasi rakyat Malaysia.
Kita tidak mampu mengubah sejarah dan sikap politik orang tua ini tetapi kita boleh
mengubah masa depan generasi kita bergantung pada keberanian yang kita ada.
Politik hari ini wajib berbeza dengan semalam. Politik muda ini perlu memastikan politik kebencian kaum, pecah belah dan ketamakan kuasa menghabiskan hasil mahsul negara kepada politik yang menjana kehidupan masyarakat dan menghasilkan ruang akses pendidikan, pekerjaan dan ekonomi untuk semua.

Politik muda harus menutup bangkai politik tua yang membusuk selama 63 tahun
yang penuh dengan ketirisan dan pengkhianatan. Kalau di New Zealand dan France
kita punyai Presiden yang muda mentadbir urus negara kita tertanya bila kita mahu
sampai ke peringkat itu? Jangan biarkan kita takut dengan bayang dan propaganda politik lama. Politik sekarang, rata-rata dikuasai atau mula dikuasai oleh pengundi dari demografi yang sangat berbeza dari sedekad yang lepas. Kita boleh lihat sahajalah le Macron di France. Itu antara bukti jelas bahawa budaya politik, mahu tak mahu, akan
mengarah ke sana jua. Bak Kata Jason Derulo ‘it’s 2020 man’

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 63, Bebas dari perkauman, Bebas dari
politik tua.

Oleh: Amin Mubarak, Perhubungan Awam Kesatuan Pelajar UIAM

+ posts