KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sebuah motosikal bersama pembonceng di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata video kemalangan itu tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen.
Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung maklumat video tular itu dan menahan suspek pada kira-kira 6.51 petang.
Azisman berkata mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal terbabit telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong,
Tindakan pantas JSPT menahan suspek dalam kes itu telah meredakan kemarahan netizen terhadap pemandu kereta terbabit, menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette
Gantung lesen mereka ni. Bila ada cuti walaupun tak lama nak balik kampung. Kalau bawa kereta cara berhemah takpe tapi selalu meyusahkan penduduk setempat dengan cara pandu kereta dan sesak jalan.
Saman juga kepada pemandu lain yang guna lorong kecemasan tu.
Perlu ada CCTV disetiap beberapa kilometer sepanjang lebuhraya sepertimana negara Australia atau negara2 maju yang lain!
Eloklah dikenakan hukuman gantung sampai mati kepada pemandu kereta tersebut!