Home Ekonomi 94% pekerja Malaysia tidak mahu kehidupan pekerjaan lama

94% pekerja Malaysia tidak mahu kehidupan pekerjaan lama

KUALA LUMPUR – Lebih sembilan daripada 10 pekerja Malaysia tidak mahu kembali kepada kehidupan kerja yang ‘normal’, menurut satu kajian baharu Skillsoft.

Skillsoft adalah penyedia penyelesaian pembelajaran, latihan dan bakat digital terkemuka di dunia untuk membantu organisasi melepaskan kelebihan mereka.

Berdasarkan tinjauan terhadap 758 pekerja atau orang yang mencari pekerjaan di seluruh Malaysia, mendapati bahawa 94% peratus responden mahu sekurang-kurangnya satu amalan Covid-19 diamalkan secara kekal dalam kehidupan seharian mereka.

Angka itu adalah tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik yang ditinjau iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia.

Secara purata hanya 6% pekerja tempatan yang kembali untuk menjalani kehidupan kerja sebelum Covid-19.

Menariknya, angka ini lebih rendah dalam kalangan mereka yang berumur lebih dari 55 tahun (hanya 3 peratus).

Selain itu, dapatan kajian menyaksikan pekerja Malaysia mahu fleksibiliti waktu bekerja mereka kekal(60%s), bekerja dari rumah (55%) dan peningkatan masa keluarga (55%).

Manakala 42% responden mahu lebih banyak masa dihabiskan bagi kesejahteraan fizikal dan mental dan 40% mahu pengurangan dalam perjumpaan kerja yang tidak perlu.

Sementara itu, lebih satu dari tiga reesponden (37%) berharap untuk lebih banyak pembelajaran dan pembangunan profesional dalam talian.

Naib Presiden Skillsoft APAC, Rosie Cairnes berkata, pekerja Malaysia semakin mengambil berat tentang kesejahteraan mereka pada masa ini dengan 31% pekerja memilih kesihatan dan keselamatan sebagai isu utama yang mereka diberi fokus oleh pemimpin perniagaan.

Hampir separuh daripada semua pekerja tempatan mahu keseimbangan kerja dan kehidupan (54%) serta keselamatan kerja (47%) yang mahu diberi keutamaan oleh peneraju perniagaan.

Hanya 14% sahaja meletakkan inovasi dalam kedudukan keutamaan dalam tiga perkara.

”Covid-19 telah mencipta tren yang melampaui tempat kerja yang fleksibel, ke arah penjagaan diri yang tulen,” katanya.

Laporan itu juga menunjukkan dua isu utama yang pekerja Malaysia mahukan sokongan majikan dengan memberi lebih banyak pembelajaran dan pembangunan kepelbagaian kaum (38%) dan menyokong cuti bersalin dan bapa yang setara (34%).

Pekerja muda berusia 18 hingga 24 tahun menyokong langkah-langkah ini. – MalaysiaGazette