Home Politik Kalau bercanggah dengan Islam dan moral, Pas pecat Khairuddin

Kalau bercanggah dengan Islam dan moral, Pas pecat Khairuddin

Presiden Bersatu, Tan Seri Datuk Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang sesuatu selepas hadir ke Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti Malaysia (PAUM), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Pas mementingkan moral dalam kalangan para pemimpinnya, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, jika seseorang pemimpin parti itu yang bertindak melanggar moral dan Islam, maka tindakan pecat akan dilakukan terhadap individu berkenaan.

“Yang penting moral dulu, kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral, kita pecat dia.

“Dalam Pas yang pertama adalah dari segi maksiat dulu, yang kedua kalau ada salah laku itu kita serah kepada undang-undang,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN, di Rumah Persatuan Alumni UM, hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadi berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang menyifatkan kisah Datuk Seri Dr Khairuddin Aman Razali umpama seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman.

Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak itu, Hashim memetik kisah dalam Surah An-Naml itu dengan mengatakan keingkaran burung hud-hud itu menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.

Artikel berkaitan: Saya pergi Turki atas urusan rasmi, cari peluang baharu – Khairuddin

Artikel berkaitan: Saya beri keterangan selama 2 jam kepada polis – Khairuddin

Khairuddin yang juga Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Jumaat lalu hadir memberi keterangan bersama beberapa orang saksi di Bukit Aman bagi kesalahan itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan mengumumkan Khairuddin sudahpun dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut pada 7 Ogos.

Khairuddin pulang dari Turki dan tiba di Malaysia pada 7 Julai. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. memang bercanggah lah tu. taat kepada pemerintah wajib dalam islam. khairudin dah langgar sop yang dipeeintahkan. dari segi moral pun dia langgar juga lah. ikut adat balik dari luar negara kena bertapa 14 hari. tapi khairudin langgar juga. pelanggaran itu pelanggaran moral lah tu. sekarang bila pas nak pecat khairudin. jadi calun bebas lah dia bila pas pecat nanti. cepat lah hamba nak tengok pas pecat khairudin.

  2. Bukankah menjaga nyawa adalah salah satu perkara dalam maqasid syariah?
    Jika gagal mematuhi SOP yg digariskan pemerintah bukankah ianya membahayakan nyawa diri dan orang lain?
    Apa yg korang perjuangkan sebenarnya?

  3. Oleh sebab takiri dari pati pas maka tak salah, tak bercanggah, bermoral tinggi. Kalau dari pati lain maka salah. Bawa balik pelaburan rm81bilion, bagi balik gaji 4 bulan, takkan salah lagi. Ularmak mana boleh salah, terutama ularmak pas. Ulamak pewaris nabi minta semua faham itu. Sebab itu keluar kini cerita belatuk la nabi Sulaiman la, semata-mata nak menghalalkan bewoks tu.

  4. Yang komen kat atas ni semua pncacai DAP. Kat TGHH dah ckp jika didapati bersalah maka dia akan dipecat. Kan pihak polis tengah jlnkn siasatan. bodoh tu simpan la sikit.

Comments are closed.