Home Akhbar Cina PKR dan Amanah akan kalah besar?

PKR dan Amanah akan kalah besar?

PKR dilaporkan mahukan enam jawatan menteri manakala empat oleh DAP dan masing-masing satu oleh Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM).
Mahasiswa Amanah Nasional terkilan dengan keputusan partinya dan PKR yang menamakan Datuk Nor Azman dan datuk Seri Idris Haron sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.- Gambar hiasan.

PULAU PINANG – Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) di Slim menunjukkan parti itu sedang menggenggam kemenangan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.

Penganalisis politik, Khaw Veon Szu berkata, Perikatan Nasional (PN) kini hanya memerlukan 30 peratus undi bukan Melayu untuk menyebabkan PKR kalah besar dan menenggelamkan Amanah.

“Sekiranya PN tiba-tiba kecundang secara mengejut, maka ia tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri kerana kekalahan sedemikian hanya boleh disebabkan kegagalan rundingan sesama sendiri,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.

Jelasnya, keputusan beberapa pilihan raya kecil menunjukkan PN dan parti seangkatan mampu menundukkan lawan jika mereka berjaya dalam rundingan.

“Jika mereka dapat mewujudkan keadaan ‘satu lawan satu’ dengan Pakatan Harapan (PH), maka kemenagan di kawasan Melayu di Semenanjung adalah dalam genggaman PN.

“Pilihan Raya Kecil Slim juga memberi satu mesej yang penting, iaitu terdapat petanda pengundi bukan Melayu di luar bandar telah kembali secara  berperingkat kepada BN,” katanya.

Menurutnya, walaupun sokongan pengundi bukan Melayu di bandar terhadap PH masih teguh, tetapi sokongan padu bukan Melayu di luar bandar mulai terlerai.

“DAP dilihat mampu mempertahankan sokongan 75 peratus pengundi bukan Melayu di Selangor dan Pulau Pinang iaitu mempertahankan tahap sokongan dalam pilihan raya sebelum ini.

“Tetapi di Perak, tahap sokongan terhadap kedua-dua blok adalah agak seimbang untuk tiga pilihan raya secara berturut-turut.

“PRK Slim pula menunjukkan kepulangan sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN. Bukannya susah untuk PN mendapat sokongan 80 peratus pengundi Melayu di bawah agenda perpaduan Melayu, mereka justeru hanya memerlukan kira-kira 30 peratus undi bukan Melayu untuk memenangi Perak,” katanya.

Veon Szu berpendapat, secara umumnya, PN hanya memerlukan sokongan 80 peratus Melayu dan 30 peratus bukan Melayu untuk mencapai kemenangan majoriti mudah di kebanyakan kawasan campuran.

Keadaan itu juga menyebabkan PH berdepan masalah di kawasan campuran di Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.

“Jika jangkaan ini betul-betul mengambil tempat, maka PKR yang selalu bertanding di kawasan campuran akan mengalami kekalahan besar, manakala Amanah mungkin ditenggelamkan sepenuhnya,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Aku tetap undi pemimpin melayu.. Tolak pemimpin bekas banduan liwat dan pemimpin yang melanggar bai ah dengan parti bersumpah atas nama Allah.. Ramai pemimpin UMNO yang dusabitkan keslahan belum terbukti bersalah seperti Anuar yang terbukti bersalah meliwat dan salahgunakuasa..

  2. Dasar perjuangan PKR adalah keadilan dan reformasi utk rakyat.
    Terbukti selama ini parti pemerintah berjuang atas kepentingan dan menunggang bangsa dan ugama utk berkuasa.
    Buktinya setelah 63 tahun merdeka, melayu islam masih jauh ketinggalan dan terus lesu mundur dari semua sudut.

Comments are closed.