KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Zukifli Zain meninggal dunia kira-kira pada pukul 8.30 malam ini.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isteri, Datin Normala Omar dan lima orang anaknya di rumah beliau di UK Perdana, di sini.
“Datuk Zulkifli Zain telah beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang meruncing,” katanya dalam kenyataan.
Allahyarham memulakan karier dengan berlakon dalam filem Jiwa Remaja pada tahun 1975 dan beliau telah berlakon lebih sepuluh buah filem dan beratus drama sepanjang berada didalam dunia hiburan.
Menurut Hafiz, jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam UK Perdana pagi esok.
Hafiz berkata, Seniman mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan semoga mereka tabah hadapi ujian Allah. – MalaysiaGazette