Friday, November 15, 2024
Home Politik Abang Johari nyatakan sebab GPS tidak sertai PN

Abang Johari nyatakan sebab GPS tidak sertai PN

Abang Johari Tun Openg
MIRI – Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan parti itu dipelawa oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).
Awani melaporkan, bagaimanapun, pelawaan itu ditolak dengan cara baik kerana GPS ada pendirian dan perjuangan politiknya tersendiri, namun terbuka untuk bekerjasama dengan PN.
“Tan Sri (Muhyiddin) tanya, adakah anda (GPS) akan menjadi anggota Perikatan Nasional.
“Saya kata tidak, kerana kami bergerak sendiri dan kerajaan pusat adalah ‘PN campur GPS’,” jelas Abang Johari dalam amanatnya Majlis Konvensyen Khas PBB Zon Utara di sini, hari ini.
Tambah Abang Johari lagi, selepas membuat keputusan berkenaan, DAP Sarawak cuba memujuk GPS untuk bersama Pakatan Harapan dan melupakan sengketa lama.
“Pembangkang tanya, mengapa kita (GPS) mahu bersama Pas dan Bersatu. Saya kata, kita hanya menubuhkan kerajaan pusat demi rakyat Malaysia.
“DAP kemudiannya keluarkan kenyataan meminta sokongan GPS dengan mengatakan apa yang berlalu, biarkan berlalu,” dedahnya lagi.
Bagaimanapun beliau dengan tegas enggan bekerjasama dengan parti berkenaan susulan tindak-tanduk parti berkenaan ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Sarawak.
Antaranya menuduh Sarawak akan bankrap selain tindakan membatalkan beberapa projek infrastruktur yang telah dimuktamadkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

5 Komen

  1. Belum ada keluar statement dripda KM Sarawak ini mengenai penghinaan kitab kristen di parliment oleh komponen PN iaitu Pas sendiri yg jga rakan gabungn GPS ,adakh KM ini lupa kerana undi penganut kristenlah yg jga mejoriti masyarakt di Sarawak yg ‘mengundi parti beliau hingga dilantik menjadi KM? ..sdh sampai masanya masyarakt kristen memikirkn seorg Ketua Menteri bkn berugama islam utk Sarawak kerana ‘non muslim adalh mejoriti di negeri anda..

  2. Amat jelas DAP tugas dia menghancurkan kuasa party lain serta menghina Peribumi dan Melayu yang tidak menyokongnya kemudian bila DAP perlukan bantuan dengan mudah arah suruh “lupakan” segera.
    Kimak hanat jilake pada sesiapa bersama DAP kerjasama menipu memfitnah menghasut resist komunis menentang RAJA AGONG PERLEMBAGAAN merampas mencuri rasuah dan bagailagi.
    Sedarlah dari pendedahan KM Sarawak bahawa keburukan DAP menuduh “bankrupt” untuk negeri dan Negara hanyalah strategy DAP menyerang secara menakutkan rakyat. Harap semua strategy DAP didedahkan kepada rakyat.

  3. ADUKA…dimana kamu dan JUAK2 kamu ketika UGAMA ISLAM dan ketuanan MELAYU diHINA kaum2 lain spt Nabi MUHAMMAD dalam pelbagai versi..ICERD/STATUS ROM.undang2 ISLAM tidak sesuai masyarakat majmuk masalah tulisan jawi….mereka yang KAKI BOTOL ARAK terus maharajelela melanggar orang awam dn sebagainya melainkan kamu BUKAN MUSLIM.

  4. Zz
    Masaalh bodoh rasist kamu di semenanjung biar kamu yg uruskn..jgn export kerasistan kamu ke borneo..di sabh sarwk tiada istilah ‘ketuanan melayu’..tiada ketuanan agama’..sabh Sarwk tiada kena mengena dgn ‘jus soli’ kontrak sosial Tanah Melayu yg merdeka 31 ogos 1957 tersebut,.sabh Satwk adalh RAKAN KONGSI DLM PEMBENTUKAN NEGARA BARU YG BERNAMA MALAYSIA’ buknnya setaraf dgn negeri2 lain,.

Comments are closed.