Home Dunia Arab Saudi mahu penyelesaian yang adil buat Palestin

Arab Saudi mahu penyelesaian yang adil buat Palestin

Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud.

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz memaklumkan kepada Presiden Donald Trump bahawa tidak akan wujud menormalisasi hubungan dengan Israel tanpa kenegaraan Palestin.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap melalui telefon susulan peranan Amerika Syarikat (AS) sebagai broker untuk menormalkan hubungan Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas Mesir dan Jordan.

Raja Salman memberitahu Trump beliau menghargai usaha AS untuk menyokong perdamaian namun Arab Saudi mahu penyelesaian yang adil dan kekal untuk masalah Palestin berdasarkan Inisiatif Damai Arab yang diusulkan oleh kerajaan negara itu pada tahun 2002.

Di bawah cadangan itu, negara-negara Arab telah menawarkan Israel hubungan yang normal sebagai timbal balas perjanjian kenegaraan dengan Palestin dan penarikan penuh Israel dari wilayah yang ditawan dalam perang Timur Tengah 1967.

Arab Saudi, tempat kelahiran Islam, tidak mengiktiraf Israel.

Bulan lalu, Arab Saudi berkata, ia akan membenarkan penerbangan antara UAE dan Israel termasuk syarikat penerbangan Israel untuk menggunakan ruang udaranya.

Penasihat White House, Jared Kushner dalam kenyataannya berharap ada lagi negara Arab yang akan menormalkan hubungan dengan Israel dalam beberapa bulan lagi.

Namun setakat ini tiada negara yang mengikuti jejak UAE.

Putera Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, dan Kushner membincangkan perlunya rakyat Palestin dan Israel menyambung semula rundingan dan mencapai pendamaian yang berkekalan setelah Kushner mengunjungi UAE bulan lalu.

Perjanjian UAE-Israel mendapat penentangan Palestin yang luar biasa. – MalaysiaGazette