KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memanfaat penggunaan platform digital dalam usaha mengekalkan eksport negara dengan melaksanakan pameran perdagangan maya, eBizMatch, Portal dan webinar MyExport.
Pelaksanaan-pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan pandemik Covid-19 tidak mengekang peluang syarikat-syarikat Malaysia untuk meluaskan produk dan perkhidmatan di seluruh dunia.
Pengerusi Matrade, Tan Sri Dr Halim Mohammad berkata, melalui program eBizMatch, Matrade telah mengatur pelbagai penglibatan pembeli-penjual melalui platform digital untuk memastikan
syarikat Malaysia mempunyai akses kepada pembeli antarabangsa meskipun semasa tempoh larangan perjalanan.
Sehingga 31 Ogos 2020, program ini berjaya memadan 423 orang pembeli asing pembeli dengan 586 syarikat Malaysia melalui 628 pertemuan, menghasilkan potensi penjualan sebanyak RM483.21 juta.
Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan ialah peranti perubatan, produk gaya hidup, bahan binaan dan perkhidmatan teknologi maklumat dan telekomunikasi.
Menurutnya, promosi perdagangan maya telah menjadi perkara biasa apabila beberapa negara memulakan penganjuran pameran perdagangan mereka secara maya dan untuk Malaysia, pameran maya pertama adalah # MyAPEC2020 yang berlangsung dari 1 September sehingga 31 Disember 2020.
Beliau berkata demikian sempena eNational Export Day 2020.
Ini adalah pameran maya yang komprehensif merangkumi sesi pengundian dalam talian, webinar dan siaran langsung sempena penganjuran APEC2020 di Malaysia.
Pada bulan November, Matrade akan menganjurkan Konvensyen Digital Antarabangsa Perniagaan Aeroangkasa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIABC) mulai 17 hingga 20 November 2020.
Acara ini akan menyediakan platform maya untuk pemain industri aeroangkasa Malaysia berhubung dengan syarikat pengeluar peralatan tulen global (OEM) seperti Airbus, Boeing, Safran, Bombardier dan RollsRoyce.
Dr Halim menambah, menyedari cabaran yang ditimbulkan akibat pandemik Covid-19, Matrade memberikan bantuan segera untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana dari aspek promosi eksport, melalui Geran Pembangunan Pasaran, ini termasuk bayaran balik untuk pembatalan dan penangguhan penyertaan dalam acara promosi perdagangan dan pameran perdagangan secara maya.
”Saya sangat berharap agar syarikat yang berminat untuk berkembang di pasaran global tetapi belum mendaftar dengan Matrade, untuk mendaftar segera.
“Sebagai syarikat berdaftar, anda akan menikmati banyak manfaat termasuk jemputan bagi perbincangan perdagangan dan webinar, jadilah sebahagian daripada komuniti import global,” katanya. – MalaysiaGazette