Home Utama KPDNHEP ada mekanisme lain jika harga minyak naik mendadak

KPDNHEP ada mekanisme lain jika harga minyak naik mendadak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi,

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mencari dan melaksanakan mekanisme tertentu sekiranya berlakunya peningkatan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak.

Tanpa memperincikan mekanisme tersebut, namun Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi memberi jaminan kerajaan akan memantau setiap perubahan harga petrol setiap hari dan akan bertindak pantas agar rakyat tidak terbeban.

“Kementerian memang kami pantau dengan rapi bagaimana naik turun minyak buat masa sekarang kita letak apa yang sedia ada.

“Jangan risau kerajaan prihatin kalau minyak aik mendadak. Kita ada mekanisme tertentu, kita boleh buat nanti untuk rakyat,” katanya ketika hadir di Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Kempen Love Local di Petronas Jalan Kolam Ayer, Ampang hari ini.

Buat sekian kalinya Alexander menegaskan sehingga kini tidak ada perubahan dari segi dasar berhubung penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk rekod, penetapan harga runcit petrol dan diesel adalah melalui ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM) yang dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses(refined products)selari dengan harga minyak mentah dunia.- MalaysiaGazette