Home Nasional Kira-kira 20 % sahaja anggota bomba dibenarkan cuti raya

Kira-kira 20 % sahaja anggota bomba dibenarkan cuti raya

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah Kota Warisan, Juhaidah Mohd Yusoff sambil diiringi Timbalan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique (kiri), Ketua Pengarah Bomba, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim (kanan) dan Ketua Setiausaha KPKT, Mohd Mantek (tiga kanan) pada Majlis Jalinan Mesra Ramadhan bersama-sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan anjuran Bomba dan Penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 08 JUN 2017

PUTRAJAYA – Kira-kira 20 peratus atau kira-kira 2,600 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sahaja yang dibenarkan bercuti sepanjang tempoh cuti perayaan Aidilfitri nanti.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar pada Majlis Sumbangan Hari Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada 30 Anak-Anak Yatim Kota Warisan di sini petang tadi.

Menurut Noh, permohonan cuti untuk musim perayaan ini bermula 18 Jun ini.

Dalam sidang media yang sama, Noh memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memulakan pemeriksaan ke lokasi tumpuan awam seperti pusat beli-belah, pasar dan pasar raya.

“Kira-kira 5, 000 lokasiĀ  seluruh negara diperiksa dengan tujuan pemeriksaan keselamatan melibatkan lif, eskalator, pintu serta laluan pejalan kaki,” jelasnya.

Pemeriksaan sejak awal Ramadan sedang dijalankan untuk memberi keselesaaan kepada orang awam serta mengelak perkara yang tidak diingini, katanya.

Sehingga kini,menurut Noh, kira-kira 2,000 lokasi telah diperiksa dan pemeriksaan diteruskan sehingga pihaknya berpuas hati.- MalaysiaGazette