Home Sukan Red Devils kemuka tawaran rasmi RM487.1 juta untuk Sancho

Red Devils kemuka tawaran rasmi RM487.1 juta untuk Sancho

Sancho memberi kata dua kepada Manchester United memastikan mara ke liga juara-juara Eropah musim depan.

LONDON – Sejak Jadon Sancho dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United pelbagai isu spekulasi secara hangat sehingga kini.

Bagaimanapun pendirian kelab England itu tidak berubah daripada niat untuk mendapatkan pemain muda warga England itu yang kini cemerlang bersama kelab Bundesliga Jerman.

Laporan terbaharu di Manchester mendakwa Old Trafford menerima lampu hijau dari Borussia Dortmund untuk mendapatkan Jadon Sancho.

Laporan terkini di Old Trafford mendakwa kelab kendalian Ole Gunnar Solskjaer telah mengemukakan tawaran rasmi berjumlah £90 juta (RM487.1juta) untuk bintang berbisa itu.

Selain jumlah itu tambahan £18 juta dimasukkan dalam kluasa tawaran sebagai bayaran berdasarkan persembahan pemain England itu apabila menyertai Theatre of Dreams nanti.

Sancho merupakan sasaran utama Solskjaer musim ini dan telahpun mendapatkan Donny van de Beek dari Ajax dua minggu lalu.

Dortmund bagaimanapun dilihat tidak berganjak dari nilai asal £108 juta yang ditetapkan untuk pemain itu sekiranya mana-mana kelab berminat untuk mendapatkannya.

United pada mulanya berpendapat nilai itu terlampau tinggi dan tidak realistik mengikut situasi semasa.

Namun Pengasas Borussia masih bertegas dengan tuntutan itu walaupun perbincangan dalam sejak beberapa minggu lalu menyaksikan perkembangan positif.

Sancho dilaporkan telah bersetuju terma peribadi dengan Red Devils dan dijangka menerima gaji £250,000 seminggu sementara yuran agen turut dicapai dalam siri perbincangan terbaharu bersama wakil Red Devils.

Sancho sangat jelas dengan pendiriannya untuk kembali ke England bagaimanapun tidak mahu memberi tekanan kepada kelabnya selagi yuran perpindahan tidak dipersetujui kedua-dua pihak.

Manakala bintang muda bek pertahanan kiri Real Madrid Sergio Reguilon masih diburu Red Devils dan yuran permulaan £27 juta telah dikemukakan untuk tindakan lanjut.-MalaysiaGazette