Home Utama Majoriti calon muka baharu BN bukti ‘keberanian’ Bung Moktar

Majoriti calon muka baharu BN bukti ‘keberanian’ Bung Moktar

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar (dua kiri) bersama Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor (tiga kanan) beramah mesra pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin-Pemimpin BN dan PN (BERSATU) sempena Pilihan Raya Negeri Sabah di The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 10 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini menunjukkan 95 peratus muka baharu melihatkan ‘keberanian’ Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Malah tindakan Ketua UMNO Sabah merangkap Pengarah BN Sabah  itu juga menggugurkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman juga dilihat satu ‘keberanian’.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila yang merupakan kawasan Musa diletakkan muka baharu, Mokran Ingkat.

“(Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri) Musa Aman tidak memohon untuk menjadi calon UMNO dan BN,” kata Bung Moktar  pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin BN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Bung Moktar sendiri bakal bertanding di DUN Lamag, satu daripada 13 DUN baharu di Sabah.

Beliau berkata bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia akan bertanding di DUN Usukan.

Sebanyak 73 kerusi akan dipertandingkan pada PRN Sabah kali ini, tambahan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon Sabtu ini dan pengundian pada 26 September.

Sementara itu, calon bagi Bersatu bagi PRN Sabah akan diumumkan oleh calon-calonnya sendiri, katanya.

Berikut adalah calon BN yang tersenarai;

1 P.167 KUDAT N.01 BANGGI AKRAM BIN ISMAIL

2 P.167 KUDAT N.02 BENGKOKA HARUN BIN DURABI

3 P.167 KUDAT N.03 PITAS SUFIAN BIN ABD KARIM

4 P.169 KOTA BELUD N.09 TEMPASUK MOHD ARSAD BIN BISTARI

5 P.169 KOTA BELUD N.10 USUKAN MD SALLEH MD SAID

6 P.170 TUARAN N.13 PANTAI DALIT JASNIH BIN DAYA

7 P.171 SEPANGGAR N.16 KARAMBUNAI YAKUBAH KHAN

8 P.171 SEPANGGAR N.17 DARAU JUMAT BIN IDRIS

9 P.173 PUTATAN N.22 TANJUNG ARU MOHD REDUAN BIN AKLEE

10 P.173 PUTATAN N.24 TANJUNG KERAMAT SHAHELMEY BIN YAHYA

11 P.175 PAPAR N.29 PANTAI MANIS MOHD TAMIN @ TAMIN BIN ZAINAL

12 P.176 KIMANIS N.30 BONGAWAN AG LAHAP BIN AG BAKAR @ AG SYAIRIN

13 P.178 SIPITANG N.34 LUMADAN KAMARLIN BIN OMBI

14 P.178 SIPITANG N.35 SINDUMIN SANI BIN MIASIN

15 P181 TENOM N.43 KEMABONG RAIME BIN UNGGI

16 P.183 BELURAN N.47 TELUPID ABDUL WAHAB BIN ABDUL GANI

17 P.183 BELURAN N.48 SUGUT JAMES BIN RATIB

18 P.184 LIBARAN N.50 GUM GUM SUHAIMI BIN NASIR

19 P.184 LIBARAN N.51 SUNGAI MANILA MOKRAN BIN INGKAT

20 P.184 LIBARAN N.52 SUNGAI SIBUGA MOHAMAD HAMSAN BIN AWANG SUPAIN

21 P.185 BATU SAPI N.53 SEKONG HAZULIZAH BINTI MOHD DANI

22 P.187 KINABATANGAN N.57 KUAMUT JUHARI BIN JANAN

23 P.187 KINABATANGAN N.58 LAMAG MOKTAR BIN RADIN

24 P.187 KINABATANGAN N.59 SUKAU JAFRY BIN ARIFFIN

25 P.188 LAHAD DATU N.60 TUNGKU MOMEN @ ABD MOMEN BIN ANCHAI @ ANGHAI

26 P.188 LAHAD DATU N.63 KUNAK HALID BIN HARUN

27 P.189 SEMPORNA N.64 SULABAYAN ABDUL MANAN BIN INDANAN

28 P.190 TAWAU N.67 BALUNG HAMILD @ HAMID BIN AWANG

29 P.191 KALABAKAN N.70 KUKUSAN CHAYA BINTI SULAIMAN

30 P.191 KALABAKAN N.72 TANJUNG BATU ANDI MUHAMMAD SURYADY BIN BANDY

31 P179 RANAU N.38 PANGINATAN JEMADI @ JUNAIDI SAHAT.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.