Home Nasional PM hadir sidang DUN Johor, MB bentang Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan

PM hadir sidang DUN Johor, MB bentang Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Johor Bahru hari ini.-Gambar ihsan FB Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Beliau yang hadir sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.

“Pada sidang itu, YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor.

“Pakej bernilai RM174.5 juta membabitkan 54 inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan rakyat negeri ini termasuk yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Menteri Besar Johor juga, katanya, turut menekankan fokus kerajaan negeri termasuk polisi dan visi adalah usaha pemulihan.

Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga, DUN Johor Ke-14 ini berlangsung selama dua hari.- MalaysiaGazette