KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia sedang menjalankan kaji selidik dalam talian terhadap pemohon bantuan pembayaran balik pinjaman bersasar.
Dapatan kaji selidik ini akan digunakan untuk meningkatkan pemahaman tentang pengalaman pengguna perkhidmatan perbankan dalam membincangkan bantuan yang diperlukan pada waktu yang mencabar ini.
Menurutnya, kaji selidik ini hanya mengambil masa tidak lebih daripada 10 minit.
Semua jawapan akan disimpan secara sulit oleh Bank Negara Malaysia.
”Maklumat dan jawapan tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak termasuk institusi perbankan, tanpa keizinan anda. Hal ini adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.,” ujarnya.
Kaji selidik ini boleh dijawab oleh individu atau PKS, melalui pautan yang disediakan diĀ https://forms.gle/DBjms9g9wyYK5QYT9 SMEs: https://forms.gle/WkpHjCqKAnyfa9L69
— MalaysiaGazette