KOTA KINABALU – Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew menegaskan parti itu tidak pernah meminta 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Malah beliau tidak tahu bagaimana Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek mengeluarkan kenyataan seperti itu baru-baru ini.
Sebaliknya beliau menambah pengagihan yang ditetapkan oleh Warisan Plus pada Khamis, iaitu sebanyak tujuh kepada PKR merupakan persetujuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal.