KUALA LUMPUR- Harga RON97 dan RON95 turun lima sen kepada masing-masing RM1.96 seliter dan RM1.66 seliter.
Harga runcit diesel pula turun enam sen kepada RM1.72 seliter bermula esok.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette