Home Nasional Program Dermasiswa MyBF sasar taja 11,000 pelajar B40

Program Dermasiswa MyBF sasar taja 11,000 pelajar B40

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan dermasiswa kepada salah seorang penerima, Raiyre Roland (dua kanan) sambil diperhatikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad (kiri) pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga IPT Sabah serta Penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Futere (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Sehingga tahun 2022, Program Dermasiswa myBrighter Future (MyBF) atas kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mensasarkan menaja 11,000 pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, program ini diteruskan atas dasar semangat dan seakat kementeriannya bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri KETSA, Pengerusi TNB dan pengurusan TNB kerana telah mengesahkan komitmen TNB untuk meneruskan program ini yang telah terhenti sebelum ini.

“Saya percaya pendekatan program ini akan mengeluarkan rakyat daripada kancah kemiskinan dengan memperkasakan peluang hidup menerusi ilmu pengetahuan,” katanya.

Noraini berkata demikian di Majlis Perjumpaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Bersama Warga IPT Sabah dan Penyampaian Dermasiswa MyBF YTN di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Ketika majlis berkenaan, seramai 2,500 orang pelajar baharu di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih menerima tawaran program berkenaan.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan surat tawaran kepada para pelajar dari golongan B40 yang berjaya melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan YTN bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama pelaksanaan program MyBF itu yang disermpunakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan TTinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Program kerjasama strategik antara KPT dan YTN ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan modal insan.

Melalui penggembelengan usahasama dengan badan korporat ini, mobiliti golongan berpendapatan rendah secara bersasar dapat ditingkatkan melalui penyediaan peluang pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda, diploma dan Sijil.

Program dermasiswa ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan vokasional.

Seramai, 3,551 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di IPT terpilih seluruh Malaysia menerusi program ini. – MalaysiaGazette