KUALA LUMPUR – Perkhidmatan penumpang dari Jeti Penumpang Kuala Kedah ke Terminal Penumpang Kuah-Langkawi serta sebaliknya dihentikan.
Ia selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di 28 mukim di Kota Setar selama 14 hari bermula semalam hingga 25 September ini.
Sehubungan itu, para penumpang feri hendaklah menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis, kata Jabatan Laut Malaysia.
Berikutan itu, jabatan berkenaan menjangkakan akan berlaku pertambanhan mendadak pengguna di Terminal Feri Kuala Perlis dalam tempoh dua minggu ini. – MalaysiaGazette