Home Dunia Oman sambut baik normalisasi hubungan Bahrain dan Israel

Oman sambut baik normalisasi hubungan Bahrain dan Israel

Penasihat Kanan Presiden AS, mengadakan pertemuan dengan Raja Hamad bin Isa, Khalifah Bahrain dan Putera Mahkota, Khalifah Manama, Salman bin Hamad di Bahrain pada 1 September lalu. Foto Reuters

DUBAI (REUTERS) – Oman menerima baik keputusan Bahrain untuk menormalisasi hubungan dengan Israel dan berharap ia dapat menyumbang kepada perdamaian di antara Israel- Palestin, kata media rasmi Oman pada Ahad.

Jumaat lalu, Bahrain menjadi negara Teluk kedua menormalisasikan hubungannya dengan Israel selepas Emiriah Arab Bersatu bulan lepas.

“Oman berharap laluan strategik baharu ini akan turut diikuti oleh negara-negara Arab lain dan seterusnya membawa kedamaian dengan mengakhiri penjajahan Israel terhadap tanah Palestin dan sekaligus menubuhkan negara Palestin yang bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata kerajaan negara berkenaan dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette