Home Nasional Jenayah alam sekitar bawah SOSMA: Bukit Aman tunggu lampu hijau AG

Jenayah alam sekitar bawah SOSMA: Bukit Aman tunggu lampu hijau AG

Mior Faridalathrash Wahid Padang Ipoh nasi ganja order helicopter
Mior Faridalathrash Wahid

PUTRAJAYA – Polis menunggu lampu hijau Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan jenayah alam sekitar diklasifikasikansebagai jenayah terancang untuk disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Pengarah Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridahlathrash Wahid berkata, kertas berkaitan sudah dikemukakan kepada peguam negara minggu lalu untuk tindakan lanjut.

Ditanya mengenai peranan polis dalam Pasukan Petugas Khas Cegah Jenayah Alam Sekitar yang akan beroperasi Oktober ini,katanya polis Bukit Aman buat masa ini akan menggunakan tenaga anggota sedia ada untuk membantu pasukan itu.

Beliau mengakui keanggotaan pasukan baharu itu memerlukan penambahan anggota dan pihak kementerian akan memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah anggota.

“Untuk awal ini kita akan bagi bantuan kepada unit ini berdasarkan kekuatan pegawai dan penguatkuasa sedia ada dalam PDRM.

“Namun dalam isu pencemaran Sungai Gong yang sedang dihdapi sangat serius jenayahnya maka terpaksa kita bantu menggunakan anggota sedia ada untuk memenuhi keperluan unit contohnya unit forensik PDRM,” katanya ketika ditemui selepas sidang media khas di Kementerian Alam Sekitar dan Air di sini.

Ditanya mengenai klasifikasi pencemaran alam sekitar sebagai jenayah terancang untuk disiasat bawah SOSMA, katanya proses itu masih dalam peringkat tindakan awal yang mana untuk pencemaran Sungai Gong disiasat menggunakan Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Pencemaran Sungai Gong ini buat masa sekarang kita hanya siasat bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun.

“SOSMA kita sedang kaji dan jika ada persetujuan Jabatan Peguam Negara kita akan teruskan dengan ambil tindakan ke atas mereka di bawah jenayah terancang SOSMA .

“Kita sudah serahkan kertas cadangan kepada Peguam Negara dan sedang tunggu keputusannya sama ada boleh atau tidak boleh diambil tindakan bawah SOSMA yang mana secara menyeluruh membabitkan jenayah alam sekitar,” katanya. – MalaysiaGazette