TOKYO – Yoshihide Suga memenangi pemilihan kepimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang berlangsung hari ini.
Suga memperoleh kemenangan selesa berbanding atas dua pesaingnya – Shigeru Ishiba, mantan Menteri Pertahanan dan Fumio Kishida, bekas Menteri Luar Negeri selepas undian dijalankan dalam kalangan anggota Parlimen LDP.
Sebilangan besar puak LDP memberikan sokongan kepada jurucakap pemerintah tertinggi setelah Abe mengumumkan untuk melepaskan jawatan atas alasan kesihatan.
Suga memperoleh 377 undi manaka Kishida 89, dan Ishiba 68.
Kejayaan itu membuka jalan untuk beliau menggantikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam undi Parlimen minggu ini.
Suga, 71, adalah Ketua Setiausaha Kabinet di bawah pentadbiran Abe. – MalaysiaGazette