Home Sukan Red Devils, Liverpool didakwa ugut Bayern Munich

Red Devils, Liverpool didakwa ugut Bayern Munich

Liverpool dan manunited didakwa mengugut Bayern dalam soal Alcantara.

LONDON – Uli Hoeness mendakwa Liverpool dan Manchester United mengugut kelab Bundesliga itu dengan sengaja melengah-lengahkan usaha mereka mendapatkan Thiago Alcantara.

Bekas Presiden Bayern Munich itu menunduh, kedua-dua kelab itu sengaja main tarik tali dalam hal berkaitan bintang Sepanyol itu.

Dakwanya, kedua-dua pasukan walaupun berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu namun bertindak sengaja tidak mengemukakan tawaran masing-masing ketika ini.

Ujar beliau, kontrak Alcantara akan tamat akhir musim depan dan dia akan bersedia meninggalkan kelab secara percuma.

Menurutnya, Bayern sudah menetapkan nilai 27 juta pound untuk Alcantara, malangnya Liverpool mahupun Red Devils masih tidak meletakkan bidaan masing-masing walaupun serius untuk mendapatkan pemain itu.

“Kita menawarkan kontrak empat tahun kepada Alcantara tetapi dia mahu mencari cabaran kelab baharu dan kami menghormatinya.

“Apa yang pelik, saya percaya kedua-dua kelab elit England itu mungkin mahu tunggu sehingga saat akhir jendela perpindahan pemain 5 Oktober ini untuk mendapatkan Alcantara dengan harga lebih murah.

“Kedua-dua kelab EPL ini berbohong dan sengaja mahu mengugut kami supaya dapat menunggu sehingga saat akhir untuk membuat tawaran murah untuk pemain itu tetapi Bayern perlu membuat keputusan segera sama ada mereka mahu terus melayan permainan biadab kedua-dua kelab itu,” bidasnya.

Dalam satu lagi perkembangan melibatkan Bayern, Hoeness turut membidas ejen David Alaba sebagai ‘piranha yang tamak’ apabila mengakibatkan rundingan sambung kontrak pemain itu dihentikan.

“David umpama ‘piranha tamak’ sebagai penasihat, bapanya juga telah dipengaruhi ejen piranha itu,” dakwanya.- MalaysiaGazette