PARIS – Bintang Marseille Alvaro Gonzalez menepis tuduhan kononnya dia telah mengeluarkan kata-kata rasis dengan memanggil superstar Paris Saint Germain, Neymar sebagai monyet.
Gonzalez sebaliknya menasihati bintang Brazil itu supaya belajar untuk tidak melemparkan fitnah melulu dan perlu bersifat terbuka menerima kekalahan.
Neymar telah dibuang padang setelah menerima kad merah memukul belakang kepala Gonzalez dalam aksi kedua Ligue 1 yang menyaksikan juara bertahan Liga Perancis itu kalah mengejut 1-0 semalam.
Neymar antara lima pemain termasuk dua pemain lawan dilayang kad merah dan dibuang padang 60 saat terakhir sebelum tamat 90 minit.
Bagaimanapun, Neymar ketika meninggalkan padang mengadu kepada pegawai perlawanan kononnya dia telah menerima isyarat dan kata-kata rasis iaitu ‘digelar monyet’ oleh Gonzalez.
Gonzalez bagaimanapun membidas sikap buruk Nyemar dan menjelaskan Neymar tidak berani untuk menerima kekalahan secara terbuka dengan disokong rakan sepasukannya dalam ruang twitter.
“Tiada ruang untuk perkauman dalam sukan bola sepak. Persaingan sihat dan sentiasa bersahabat di luar padang.
“Kadang-kadang kamu perlu belajar untuk menerima kekalahan dengan hati terbuka di atas padang.
“Gembira berjaya meraih tiga mata penuh,” katanya dalam twitter peribadinya.
Pengadil perlawanan yang merujuk video kemudian mengeluarkan kad merah selepas mendapati Neymar memukulĀ belakang kepala Gonzalez.
Dengan dua kekalahan aksi pembukaan Ligue 1 kali ini, sukad kendalian Thomas Tuchel kini menduduki di zon penyingkiran dalam carta semasa liga.- MalaysiaGazette