Home Politik PN selar pihak persoal status pendaftarannya – Hamzah

PN selar pihak persoal status pendaftarannya – Hamzah

Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan pihak yang masih mempersoalkan status pendaftarannya dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai terdesak dan ketandusan isu dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihak berkenaan sebenarnya bimbang dan terancam apabila melihat penerimaan baik rakyat terhadap PN kebelakangan ini.

“Selaku Setiausaha Agung PN, saya ingin menegaskan bahawa pendaftaran PN telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 7 Ogos lalu dan teratur mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, menurut Hamzah, Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah meluluskan permohonan pendaftaran logo PN untuk digunakan sebagai lambang di atas kertas undi dan semua calon PN yang bertanding menggunakan logo PN telah diumumkan layak untuk bertanding pada hari penamaan calon 12 September 2020 lalu.

 

“PN akan terus memperkasakan jenteranya dalam memastikan
kemenangan semua calon yang bertanding dan yakin bahawa
isu palsu yang berunsur fitnah dan berniat jahat tersebut tidak
akan mempengaruhi keputusan para pengundi untuk memilih
PN sebagai parti yang prihatin membela rakyat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Parti Perikatan Nasional telah didaftar pada 7 Ogos – JPPM