KOTA KINABALU: Meskipun mengakui bukan sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru yang akan berhadapan dengan risiko perpecahan undi apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) turut bertanding selain daripada Barisan Nasional (BN) dan enam lagi parti lain, namun calon muka baharu Mohd Reduan Aklee yakin dengan kekuatan parti untuk meneruskan kerja keras dalam tempoh berkempen yang berbaki 12 hari lagi.
Mohd Reduan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putatan berkata akan menggunakan kelebihan sebagai anak jati Tanjung Aru bukan sahaja untuk meraih undi bagi dirinya malah untuk seluruh rakyat Sabah mengundi parti itu.