Home SISWA MPP UTeM sertai kursus kepimpinan

MPP UTeM sertai kursus kepimpinan

Barisan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi 2020/2021 sedang mengikuti kursus yang diadakan baru-baru ini bertempat di Pantai Kemunting, Melaka.

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar terus berinisiatif dalam mencorak kumpulan kepimpinan pelajar yang berkarisma tinggi bercirikan Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik (TUAH).

Bagi menjayakan agenda ini maka Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM telah mengadakan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi buat 32 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi 2020/2021 yang diadakan baru-baru ini bertempat di Pantai Kemunting, Melaka.

Mengulas mengenai pengisian dan impak program ini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, kursus ini merupakan platfom pendedahan tentang tatacara pengurusan universiti terkini.

Ianya juga berkisar kepada pemantapan tatacara penampilan diri pemimpin pelajar secara profesional serta peraturan yang berkaitan di samping membentuk
keyakinan tinggi dalam kalangan pemimpin pelajar.

Katanya, barisan MPP UTeM turut dilatih berhubung keperluan dan kehendak pembangunan pelajar secara holistik, sikap kepimpinan dan kemantapan jati diri
sentiasa bersedia menghadapi apa sahaja bentuk ujian dan rintangan dalam dunia yang semakin mencabar.

Di samping itu mereka turut turut didedahkan berkenaan peraturan kewangan universiti, teknik dokumentasi dan tatacara kertas kerja yang betul bagi
memantapkan dokumentasi organisasi serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi peraturan-peraturan berkaitan MPP. – MalaysiaGazette