Empat lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan pencemaran bau di kawasan perindustrian di Sungai Gong, dekat Rawang, 3 September lalu.
Pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said di Mahkamah Sesyen Selayang, Gombak, hari ini.
Empat tertuduh adik-beradik itu, Yip Kok Wai, 52; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50; Yip Kok Weng, 60 dan Ho Voon Leong, 59, yang ditemani peguam bagaimanapun minta dibicarakan.