Home Dunia Separuh Kabinet Suga adalah muka lama

Separuh Kabinet Suga adalah muka lama

Yoshihide Suga. foto Agensi

TOKYO (Reuters) – Perdana Menteri baharu Jepun, Yoshihide Suga meneruskan Kabinet sedia ada dengan kira-kira separuh daripada ahli jemaah menteri tidak ditukar, kata laporan media tempatan.

Suga yang telah berkhidmat lama sebagai pembantu dan ketua setiausaha Kabinet di bawah Shinzo Abe dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Abe meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan.

Menurut laporan media, hampir separuh Kabinet dipenuhi orang lama dan hanya terdapat dua menteri wanita.

Umur purata termasuk Suga adalah 60 tahun.

Antara yang berjaya mengekalkan jawatan adalah Menteri Kewangan Taro Aso, Menteri Luar, Toshimitsu Motegi dan beberapa lagi termasuk Menteri Olimpik Seiko Hashimoto dan Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi.

Adik lelaki Abe, Nobuo Kishi dijangka mengisi portfolio pertahanan manakala Menteri Pertahanan sekarang, Taro Kono akan mengambil alih tugas di pentadbiran reformasi.

Yasutoshi Nishimura pula dilihak akan dilantik semula sebagai Menteri Ekonomi manakala Menteri Perdagangan dan Industri, Hiroshi Kajiyama, anak kepada ahli politik yang juga mentor Suga dijangka mengekalkan kedudukannya.

Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato yang menjadi wajah Jepun dalam mengawal koronavirus akan mengambil alih tugas Suga sebagai Ketua Setiausaha Kabinet.- Agensi