KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan cabaran debat yang disuarakan oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dirinya dan Datuk Hajiji Noor sebagai ‘buang masa’.
Jelas Shafie yang juga calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.65 Senallang itu, beliau terbuka mengenai debat tersebut namun lebih mengutamakan kepentingan bertemu pengundi dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Ke-16 Sabah.
“Debat itu boleh berlangsung tetapi saya mahu berjumpa dengan pengundi. Jadi jangan bazir masa.