BANGKOK – “Terdapat rasa takut tersembunyi dalam diri saya. Ketakutan mendalam memikirkan kesan yang bakal menyusul nanti.”
Demikian kata-kata Panusaya Sithijirawattanakul, pelajar berusia 21 tahun dengan gugup naik ke pentas politik di Thailand dan mencabar secara terbuka sistem monarki raja negara itu pada Ogos lalu.
Berdiri di hadapan ribuan pelajar dari salah sebuah universiti tersohor negara itu, dia membaca 10 manifesto sebagai mendesak reformasi dalam sistem monarki beraja itu.
Ini adalah langkah yang sangat mengejutkan semua sedangkan diketahui umum rakyat Thailand diajar sejak lahir untuk menghormati dan taat setia kepada sistem beraja dan takut memikirkan kesan membicarakan topik berkaitan.
Thailand adalah satu satu negara yang mempunyai undang-undang iaitu mana-mana individu yang mengkritik raja, permaisuri, waris atau bupati boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.
Tetapi sejak beberapa bulan terakhir ini, protes puak pro-demokrasi telah melanda negara itu dengan pelajar sepert Panusaya adalah diantaranya yang menentang monarki negara sendiri.
“Saya tahu kehidupan saya tidak akan sama,” katanya kepada BBC News.
Panusaya meneliti manifesto berkenaan hanya beberapa jam sebelum membaca di khalayak ramai pro demokrasi yang terlibat dalam tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota Bangkok.
Ia mendesak supaya monarki beraja bertanggungjawab sepenuhnya kepada institusi terpilih, cadangan untuk mengurangkan bajet kerabat diraja dan berhenti mencampuri urusan politik negara yang ternyata mengejutkan majoriti rakyat Thailand.
“Ia dirujuk kepada saya dan bertanya saya ada saya mahu menggunakannya, dalam aspek itu, semua berpendapat bahawa kandungannya sangat terbaik dan relevan sebelum saya memutuskan untuk membacakannya.
Saya memegang tangan rakan pelajar lain dan bertanya sama ada kita melakukan perkara yang betul di sini sebelum dibalas dengan jawapan ‘ ya’.
Menurut pelajar itu, dia duduk semula dan menghisap sebatang rokok sebelum naik ke pentas dan meluahkan segala perkara yang berbangkit kepada umum.
“Semua manusia mempunyai darah merah tanpa sebarang perbezaan yang mana tiada siapa di dunia ini lahir dengan darah biru.
“Mungkin ada orang lahir sedikit bernasib baik berbanding orang lain,” katanya.
Ucapan membara pelajar perempuan itu mencetuskan rasa gempar bercampur tepukan gemuruh daripada golongan akademik liberal selain kecaman dari media kerajaan.
Malah rakyat Thailand turut terkilan dengan keberanian gadis muda itu yang lantang mencabar kerabat diraja itu.
Beberapa hari selepas protes itu, laman Facebook aktivitis diraja yang popular dipenuhi komen berbaur serangan ke atas pelajar perempuan itu sehingga ada dalam kalangan meeka menuduh gadis itu dimanipulasi oleh ahli politik republik itu.
Jeneral terkuat negara Apirat Kongsompong yang mengendalikan tentera berkata para penunjukkan perasaan dilanda ‘chung chart’ bermakna kebencian terhadap negara.
Tambah individu itu, ia lebih buruk daripada pandemik Covid-19 yang dihadapi negara dan masyarakat dunia.
“Membenci negara sendiri adalah penyakit yang tidak dapat disembuhkan,” katanya.-MalaysiaGazette