Home Ekonomi Agrobank buat hari terbuka di semua cawangan

Agrobank buat hari terbuka di semua cawangan

Khadijah Iskandar

KUALA LUMPUR – Agrobank akan mengadakan hari terbuka di semua 136 cawangannya di seluruh negara kecuali di Alor Setar, Kedah pada hari Sabtu, 19 September dan Rabu, 23 September ini.

Program tersebut untuk membantu pelanggan yang memerlukan bantuan lebih lanjut berkaitan pembayaran balik pembiayaan mereka setelah tempoh moratorium selama enam bulan berakhir pada 30 September ini.

Menurut Penanggung Tugas Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khadijah Iskandar, pelanggan yang terjejas digalakkan untuk mengambil kesempatan itu untuk datang ke bank bagi mendapatkan bantuan yang sesuai bagi pembiayaan peribadi atau perniagaan semasa mereka.

“Pada hari terbuka ini, kami menggalakkan para pelanggan kami untuk datang ke mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara, mengadakan perbincangan secara bersemuka untuk lebih memahami pilihan bantuan pembayaran yang ada, bagi membantu mereka melalui tempoh pemulihan Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, hari terbuka itu akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 3 petang.- MalaysiaGazette