KUALA LUMPUR – Menjelang berakhirnya moratorium 30 September ini, AmBank akan membuka lebih 30 cawangan terpilih seluruh negara pada dua hujung minggu berturut-turut bagi membantu pelanggannya yang menghadapi masalah kewangan untuk memohon bantuan pembayaran balik melalui AmBank Assist.
Cawangan-cawangan terpilih itu akan beroperasi mulai 10 pagi hingga 3 petang.
AmBank berkata, cawangan yang dibuka pada hujung minggu Ahad ialah pada 19-20 September dan 26-27 September manakala cawangan dengan hujung minggu Jumaat pula pada 18-19 September dan 25-26 September.
Langkah proaktif ini membolehkan pelanggan bercakap dengan pasukan AmBank Assist yang bersedia membantu dengan permohonan mereka.
Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan disarankan untuk membawa slip gaji terbaharu mereka, atau apa-apa dokumen sokongan seperti surat pemberhentian kerja/pemotongan gaji/cuti tanpa gaji atau surat sumpah. – MalaysiaGazette