Home Dunia 5 negara lagi dijangka jalin hubungan dengan Israel

5 negara lagi dijangka jalin hubungan dengan Israel

Mark Meadows. foto Agensi

MOSINEE – Lima negara didakwa sedang memberi pertimbangan serius untuk menjalinkan hubungan dengan Israel selepas perjanjian yang dibuat oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada minggu ini.

Bercakap kepada wartawan dalam pesawat Air Force One yang membawa Presiden Donald Trump untuk berkempen, Ketua Kakitangan White House, Mark Meadows bagaimanapun tidak mendedahkan nama negara-negara tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tiga dari rantau tersebut.

Trump sebelum ini yakin lebih banyak negara akan menjalinkan hubungan dengan Israel, mengikut jejak UAE dan Bahrain.

Salah satunya Oman yang mana wakilnya hadir dalam hadir dalam majlis perjanjian tersebut yang dianjurkan oleh White House pada Selasa lalu.

Trump turut menjangkakan penyertaan Arab Saudi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pemimpin2 negara Arab ni mmg banyak perangai mcm sial..ko jgn percaya lah tgk diorang berjubah beserban…ramai yg perangai mcm Yahudi

Comments are closed.